◄ Allah Sentiasa Disisi Kita ►

FreeButtonsFreeButtonsFreeButtons

Archive for 11/1/09 - 12/1/09

Fakta-fakta Menarik

Orang Russia menjawab talipon dengan menyebut'saya mendengar'



Amerika beli Alaska dengan harga 2 sen seekar dari Russia



1 dari 5 doktor di seluruh dunia adalah orang Russia



Keretapi yg bergerak setiap hari pergi dan balik ke Bombay di India
dibuat untuk menampung 1,700 penumpang tetapi ianya di naiki oleh
7000 penumpang setiap perjalanan.



Nepal adalah satu-satunya negara yang mempunyai bendera yang
bukan empat segi.


Setiap perokok di China menghisap 1,800 batang rokok setiap tahun.



Lebih banyak orang China yang berbahasa Enggeris dari org Amerika.



Berus gigi dicipta di China pada tahun 1498


Vatican City adalah negara terkecil di dunia dengan penduduk 1000
orang dan bersaiz 108 ekar.


Di Jepun, tembikai berbentuk empat segi.


98% mayat di Jepun dibakar.



Nombor 'four' di Jepun dianggap nombor sial kerana sebutannya dalam
bahasa Jepun sama dengan perkataan 'mati'



Ada tempat di Jepun dinamakan 'O'


Pada kurun ke 16, orang Philipina menggunakan 'yo-yo' sebagai
senjata perang.


Nama tempat terpanjang di dunia ialah
'Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakpikimaungahoronukupokai-
iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand.


Pulau terbesar di dunia ialah Greenland.


Sotong raksasa mempunyai mata yang terbesar diantara semua binatang.


Jika anda letak ikan emas di bilik gelap, ianya akan kelihatan
berwarna putih.



Siput boleh tidur sehingga 3 tahun.



Kebanyakan ayam jantan berkelip sebelah mata saja pada satu satu masa.



Seekor kuda punya lebih 18 tulang dari seorang manusia.



Tikus tak boleh muntah. Sebab itu racun tikus amat berkesan
membunuhnya.



Kucing boleh dengar bunyi ultrasound



Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat
Komen bapakaiman : takleh bayang kalor gajah boleh melompat



Beruang dewasa boleh berlari sepantas kuda.



Air kencing kucing bercahaya dalam gelap



Rama-rama terbesar di dunia ialah Queen Alexandra Birdwing di
Papua New Guniea, sayapnya lebih kurang 11 inci.



Mamalia terkecil di dunia adalah sejenis spesis kelawar di Thailand
yang beratnya hanya seberat duit syiling 1 sen.



Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia
mati kelaparan.


Deria rasa rama-rama di kakinya.


Seekor kucing ada 32 otot di setiap telinganya



Tapak Sulaiman tak ada otak



95 % dari badan obor-obor adalah air.



Jantung ikan paus biru hanya berdenyut 9 kali seminit.


Panjang lidah sesumpah dua kali panjang dari badannya.



Lidah buaya melekat pada lelangit di mulutnya.


Ikan jerung boleh mengesan satu bahagian darah dari 100 juta
bahagian air.


Tapak Sulaiman boleh pusing perutnya keluar.


Cacing pita akan makan diri sendiri kalau tak jumpa makanan.


Lintah ada empat hidung


Burung hantu adalah satu-satunya burung yang boleh lihat warna
biru.



Penguin adalah satu-satunya burung yang boleh berenang tapi
tak boleh terbang.



Ngauman singa boleh didengar sehingga jarak 5 batu



Kanggaru dan burung emu tak boleh berjalan ke belakang.


Kucing ada lebih 100 nada vokal (bunyi), anjing ada sepuluh saja.


Tikus mondok boleh menggali lubang sedalam 91 meter (300 kaki)
dalam tempoh satu malam.


Serangga mengatasi jumlah manusia dgn nisbah 100,000,000 serangga
-seorang manusia


Sesumpah boleh menggerakkan mata mereka ke arah yg bertentangan
pada satu masa.


Seekor lembu sepanjang hayatnya memberikan sebanyak
200,000 gelas susu.


Bila ikan jerung menggigit, matanya bertukar hitam dan giginya
terkeluar.


Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang


Serangga terbesar yang pernah ada di bumi ialah pepatung yg
mempunyai sayap sepanjang 3 kaki.


Unta mengunyah makanan dalam bentuk no 8.


Ikan Paus Biru adalah binatang terbesar di dunia, panjangnya 100
kaki dan seberat 150 tan. Dinasor terbesar di dunia hanya
seberat 110 tan.


Kucing, unta dan zirafah berjalan dengan cara kaki kanan, kaki
kanan, kaki kiri, kaki kiri.


Seekor singa di hutan biasanya membunuh lebih dari
20 mangsa setiap tahun.


Lebah madu ada bulu pada matanya.


Untuk sampai ke sungai atau tasik dimana belut menghabiskan
sebahagian besar hidupnya, ia berenang sehingga 4,827 km tanpa
henti.


Adalah menyalahi undang-undang membela binatang di Iceland.


Siput mengawan hanya sekali dalam hidupnya.


Taik ayam keseluruhan hidupnya boleh menghasilkan electrik dan
menyalakan mentol lampu 100 watt selama 5 jam.


Kalajengking boleh bertahan 200 kali lebih dari manusia jika
terkena radiasi bom nuklear.


Ulat bulu ada purata 248 otot di kepalanya


Anda mungkin boleh mendahului(di depan) seekor lembu ketika menaiki
tangga tetapi tak boleh mendahuluinya ketika menuruni tangga...
Jangan tanya kenapa, Cuba fikir kenapa??????


Kanggaroo tak boleh melompat melainkan ekornya menyentuh tanah dulu.


Ikan lumba-lumba tidak bernafas secara automatik, sebaliknya mereka
perlu memberitahu diri sendiri supaya bernafas.


Kucing boleh tidur sehingga 16-18 jam sehari.


Babi boleh menghasilkan banyak produk, antaranya butang, gelas,
berus cat, krayon, kapur dan lain-lain.


Permaisuri anai-anai boleh hidup sehingga 50 tahun dan melahirkan
anak sebanyak 30,000 sehari.


Makanan yg paling disukai oleh lipas ialah gam di belakang stem.



Ikan tuna berenang pada kelajuan 14 km sejam dan menurut saintis
seekor ikan tuna yang berusia 15 tahun biasanya telah berenang
sejauh 1,609,000 km.


Seekor badak yang dewasa boleh menelan separuh badan buaya yang se
besar 12 kaki panjang.



Daripada 4000 spesis mamalia di dunia, 900 darinya adalah spesis
kelawar.


Anai-anai teransang dengan muzik. Jika anda memasang muzik,
anai-anai akan memakan rumah anda 2 kali lebih pantas.


Orang Bulgaria paling banyak makan yogurt di dunia


Belanda telah melaksanakan kempen menentang sikap sumpah menyumpah.
Stesen Keretapinya mula meletakkan tanda 'Ketinggalan Keretapi?
Menyumpah tidak membantu'


Belanda adalah satu-satunya negara di dunia yang ada anjing kebangsaan.


King George I di England tidak boleh berbahasa Enggeris. Beliau di
besarkan di Jerman.


Mesin pengeluaran wang (ATM) mula-mula di cipta di England pada 1965


Buku panduan talipon di negara Iceland kadangkala turut memuatkan
pekerjaan seseorang. Ini adalah kerana terlalu banyak penduduknya
yang memiliki nama yang sama.


Sehingga tahun 1997, lebih banyak babi dari manusia di Denmark.


Sweden mempuyai kadar kelahiran paling sedikit (1 dlm 100)


Komik kartun Donald Duck pernah diharamkan di Finland kerana ia
tak pakai seluar.
Komen bapakaiman : aleh, dia tak pakai seluar pun bukannyer nampak aper-aper.


Lithuania adalah negara yg punyai paling banyak orang bunuh diri.



Kod talipon untuk Russia ialah ' 007 '

Harga bagi burger McDonald's Extra Value di Russia sama dengan
purata sebulan gaji pekerja Russia


Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud "Lembah Besar"

Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk
ruang iklan.


0.3% kemalangan jalanraya di Canada membabitkan rusa.



Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota
London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.


Bolivia ada dua ibu negara.



Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia, 6,259 km


Bandar Calma di Chile tidak pernah langsung menerima hujan


Orang Francis makan lebih banyak keju dari negara lain di dunia


Ada sebuah tempat di Francis yang bernama "Y"


Raja Louis XIX memerintah Perancis selama 15 minit sahaja.


Ketinggian Eifel Tower di Perancis sentiasa berubah mengikut suhu.
Adakalanya sehingga 6 inci.


Lagu kebangsaan Greece ada 158 versi.


1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.

2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali

3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune .

5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma
darah.


Buah strawberi ada lebih vitamin C dari buah oren.


Sebarang cecair di angkasa berbentuk bulat akibat tekanan graviti


Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang.


1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi.


Pasukan polis yg pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pd
tahun 1667


Perang terpendek ialah diantara Zanzibar dan England pada 1896.
Zanzibar menyerah kalah selepas 38 minit.


Setiap dari kita menghasilkan 3.5 pound sampah setiap hari dan
kebanyakannya ialah kertas.


Tiada kertas yg boleh dilipat lebih dari 7 kali.


Seorang dari 4 rakyat Amerika Syarikat pernah muncul di kaca tv.


Rakaman suara yang pertama di dunia dibuat oleh Thomas Edison
pada 1877 dan rakamanya ialah' Mary had a little lamb'


Hobi yg paling banyak mengeluarkan duit ialah berkebun.


Pokok Oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun.


Kebanyakan vitamin C pada buah ialah di kulitnya.


Pin bowling hanya perlu mengiring 7.5 darjah untuk jatuh.

Produk pertama yang menggunakan bar kod ialah Wringleys gum.


Raja (King) Heart dalam daun terop satu-satunya raja yang
tak ada misai.


Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi.


Setiap galen air laut ada 1/4 paun garam


American Airlines menjimatkan sebanyak US40,000 pada tahun 1987
tidak lagi meletakkan buah zaitun pada setiap hidangan salad
di tempat penumpang kelas 1


Kapalterbang Jumbo menggunakan 4,000 galen minyak untuk terbang.


Planet Venus adalah satu satunya planet yang berputar mengikut
arah jam.


CD pertama yang dikeluarkan ialah di US olah Bruce Springsteen
(Born in USA)


Kanak-kanak belajar tentang hidup lebih banyak dari TV dari yang
lain


Purata setiap kanak2 menghabiskan waktu selama 28 jam menonton tv,
2 kali lebih banyak dari masa yang dihabiskkan di sekolah.


Jika anda kuncikan lutut anda sambil berdiri untuk beberapa jam,
anda akhirnya akan pengsan.


Novel Tom Sayer adalah novel pertama yang dihasilkan menggunakan
mesintaip.


Kebanyakan habuk di rumah adalah dari sel kulit yang dah mati


Pemilik pertama Syarikat rokok Malboro mati akibat kanser
paru-paru.


37,037 didarabkan dengan sebarang nombor dari 1 - 9, kemudian darabkan
dengan 3, jawapannya pasti sama dengan nombor yang anda pilih.
Misalanya, 37,037 X 4 X 3 = 44444


Jika anda darabkan 111,111,111 dengan 111,111,111 anda akan dapat
jawapan 12345678987654321


Perkataan utk polis 'Cop' berasal dari perkataan 'Constable of Patrol'
di England.


Perkataan Jepun 'Karaoke' bermaksud 'Orkestra Kosong'


Perkataan 'Good-bye' asalnya dari perkataan 'God be with you'


'So Long' berasal dari perkataan Arab ' Salam '


Perkataan 'racecar' dan 'kayak' jika diterbalikkan adalah sama.


Nama semua benua bermula dan berakhir dengan huruf A


Perkataan 'checkmate' berasal dari bahasa parsi 'shah mat'
yang bermaksud 'raja dah mati'


Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah Mohammad


Angkasawan Neil Armstrong mula menjejakkan kaki di bulan
dengan kaki kiri.


Pemain bolakeranjang Micheal Jordan menerima bayaran tahunan
dari syarikat kasut Nike lebih banyak dari keseluruhan
gaji pekerja kilang Nike di Malaysia.


Nama paling panjang di dunia ialah 'Adolp Blaine Charles David
Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero
oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William
Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinhausenbergerdorft Senior'


Gunting dicipta oleh Leonardo Da Vinci


Nama sebenar Tina Turner ialah Annie Mae Bullock


Walt Disney amat takut dengan tikus


Bunyi E.T berjalan dibuat dengan meramas agar-agar dalam tangan


Gula mula dibubuh dalam Chewing gum oleh seoran doktor gigi,
William Semple

Kertas dicipta pada abad kedua di China


Mengikut buku Guiness Book of Records, restoran yg menyediakan
hidangan terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di
Guadalajara, Mexico. Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa
13 saat.
Komen bapakaiman : kat malaysia boleh tidur dulu lepas order, dan kekadang kita order
dulu orang lain yg kemudian order dapat dulu.

Roller Coaster yang terpantas di dunia ialah di West Millen,
Pennsylvania, Amerika dengan kelajuan 129 km sejam.


Penaip terpantas di dunia menaip 211 perkataan seminit.



Kapal terpantas di dunia seberat 112 tan dan bergerak dlm
kelajuan 164 km sejam.


Bandaraya moden yang pertama di dunia yg mencapai penduduk
1 juta orang ialah London pada tahun 1811


New Zealand adalah negara pertama di dunia yang membenarkan
perempuan mengundi.


Kebanyakan orang mempunyai tahap IQ 90 - 109, William James Sidis disahkan
sebagai manusia yang punyai IQ tertinggi di dunia iaitu diantara
250 - 300. Pada usia 18 bulan beliau boleh membaca akhbar New York times,
Pada usia 2 tahun dia belajar bahasa latin, pada usia 3 tahun
dia belajar bahasa Greek. Setelah dewasa dia boleh menguasai
lebih 40 bahasa di dunia. Dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya
dengan bertukar kerja dari satu tempat ke satu tempat sebagai
kuli biasa.


Angel falls di Venezuela adalah air terjun tertinggi di dunia
pada ketinggian 3,212 kaki.


Syarikat keretapi India mempunyai perkerja teramai di dunia,
iaitu lebih sejuta pekerja.


Bunga terbesar di dunia ialah Rufflesia, membesar sehingga 10 kaki.


Pokok terbesar di dunia ialah sejenis pokok yang bernama
'The General Sherman Tree'. di Sequola National Park. Setinggi
275 kaki dan 37 kaki lebar.


Olympus Mons, sebuah gunung berapi yang terdapat di planet marikh
adalah gunung berapi yang terbesar yang pernah dijumpai di cakrawala.
Seluas 595 km dan setinggi 24 km.


Jupiter, planet ke lima dari matahari, adalah planet terbesar sekali.
Ianya dua kali ganda lebih besar dari gabungan kesemua planet yg lain.


Kura-kura terbesar yang pernah ditemui ialah seberat 2,016 paun.


Objek terbesar yang pernah ditemui dalam loji pembentungan Los
Angeles, Amerika ialah sebuah motosikal.


Misai terpanjang di dunia ialah 133 1/2 inci yg dimiliki oleh
Kalyan Ramji Sain.


Permainan Monopoly yang paling lama ialah selama 660 jam.


Pada suhu 40%C, seseorang akan kehilangan 14.4 kalori dengan
bernafas.


3000 dari 1 juta rakyat Amerika menjadi penghisap rokok setiap tahun.
Kebanyakan darinya adalah kanak-kanak.


Jika anda cuba untuk mengira jumlah keseluruhan bintang yang ada
dilangit dengan kadar 1 bintang satu saat, anda memerlukan masa
3000 tahun untuk mengira kesemuanya.


Purata setiap orang akan menghabiskan masa selama 2 minggu dari
keseluruhan hidupnya untuk menunggu lampu trafic bertukar.


Lebih 2500 orang yang tangan kidal mati di seluruh dunia akibat
menggunakan peralatan utk tangan kanan.


Hanya 1 dari 2 billion manusia yang akan hidup lebih dari 116 tahun.


Anda berkongsi hari jadi bersama-sama 9 juta orang lain di seluruh dunia.


Lebih kurang 0.7 % penduduk dunia mabuk setiap detik.


Purata kita tidur 24 tahun dari keseluruhan hidup kita


Janggut manusia mengandungi 7000 hingga 15,000 bulu.


Rambut, 70% lebih mudah digunting jika ianya direndam dulu dengan
air suam selama 2 minit.


Peningkatan jumlah kereta di dunia 3 kali lebih banyak dari
jumlah kadar kelahiran manusia.


Filem animasi Tarzan, dibuat oleh seramai 1,175 pelukis animasi
dan mengambil masa 3 tahun untuk siap.


Secara purata, seseorang manusia menelan 8 labah-labah sepanjang
hidupnya.


Kira-kira 17% manusia adalah tangan kidal. Sama seperti gorila dan
chmpanzees.


Menghantuk kepala anda ke dinding akan membakar kalori sebanyak 150
sejam.


Purata setiap wanita menggunakan 6 paun gincu sepanjang hidupnya.

Bagi setiap seorang manusia, ada satu juta semut.

Berat bau ialah lebih kuang 760 nanograms.


Bumi mengalami 50,000 kali gempa bumi setiap tahun


Memandu dengan kelajuan 121 km sejam, anda memerlukan masa selama
258 hari untuk mengelilingi lingkaran planet saturn.
Beg udara di kereta akan meletup pada kelajuan 322 km sejam.


1/3 penyakit kanser ada kaitan dengan matahari.


Ada 1000 kimia dalam secawan kopi.


7 bilion kabus diperlukan untuk memenuhi satu sudu teh


Berat Bungkah ais batu di kutub di dunia ialah 20 juta tan.


Purata setiap manusia meludah sebanyak 25,000 kali sepanjang
hidupnya, boleh memenuhi dua buah kolam renang.


Otak anda seberat 3 paun, semuanya air kecuali 10 aun.


Jika anda bahagikan tanah di bumi kepada semua manusia, secara purata
setiap manusia akan dapat 100 kaki persegi.


Purata setiap orang membuat 1,140 panggilan talipon setahun.


Di abad pertama, 1/3 penduduk dunia memeluk Islam


75% surirumah di Amerika Syarikat menguruskan kewangan di rumah


1/4 dari tulang anda adalah di kaki


Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku kaki.


Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 km sejam.


Berat bumi ialah 6,588,000,000,000,000,000,000,000,000 tan


Purata setiap orang bermimpi 1,460 kali setahun


Mimpi adalah dalam hitam putih dan bukan berwarna


Purata setiap orang ketawa 15 kali sehari


Sejak 3500 tahun, darinya hanya 230 tahun saja dunia aman tanpa perang.


Manusia bergayut di talipon purata 2 tahun dari sepanjang hidupnya


Apabila gelas pecah, kelajuan serpihannya yang berterbangan ialah
427 km sejam.

Pada 1980, Hospital Las Vegas menggantung pekerjanya yang bertaruh
bila seseorang pesakit itu akan mati.


Di Utah, adalah menyalahi undang - undang jika bersumpah di hadapan
mayat.


1 dari 7 orang di Manhattan berjalan kaki ke pejabat.


Kacang adalah salah satu dari bahan di dalam dynamite.


Sekarang ada 6 bilion penduduk dunia, pada tahun 1900 cuma ada
1.6 bilion sahaja.

Planet Neptune belum lagi melengkapkan putarannya mengelilingi
matahari sejak ia mula ditemui pada 1846. Oleh kerana ia mengambil
masa 155 tahun untuk melengkapkan pusingan, ianya hanya akan
berlaku pada tahun 2011


Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah Jepun dengan hanya
4 baris perkataan.

Kepulauan Falkland mempunyai jumlah penduduk seramai 2000 orang,
tetapi jumlah kambing biri-biri di negara itu ialah 700,000 ekor.
Nisbahnya 1 orang - 350 kambing


Teleskop dicipta pada tahun 1608 oleh seorang pembuat cermin mata.


Sehingga tahun 1820, semua saintis menyangka alam semesta berusia
6000 tahun. Kini telah diketahui bahawa alam semesta sebenarnya
telah berusia 15 bilion tahun.


Hanya 4 % dalam alam semesta yang boleh kita lihat


Ketika zaman dinasor tak ada rumput. Rumput mula muncul menjalar
dari pokok buluh 24 juta tahun lalu. Read more...