◄ Allah Sentiasa Disisi Kita ►

Format & Install Windows 7

Okey atas permintaan ramai (pada hal beberapa orang saja yang mintak) aku nak bagi sikit tutorial tentang cara-cara nak pasang windows 7 pada komputer anda, tak kiralah komputer lama ke, baru ke, kecik ke, besar ke.. Janji ianya pasti akan dilengkapkan dengan windows yang serba baru dan canggih ini.. DVD windows yang aku guna dibawah adalah hasil titik peluh aku menorrent beberapa lama dari web lanun terkenal, Piratebay, lalu diburn ke dalam DVD kosong yang sedia ada.. Siapa yang tak ada fail ISO windows 7 ni, sila cari di sana dan burn sendiri.. Nak tempah kat aku pun boleh (terma dan syarat dikenakan)..

Hari ni juga aku bukan setakat nak ajar cara nak pasang windows 7 pada komputer anda, tapi sekaligus aku akan ajar kat mana nak cari software-software yang selalu dipasang dalam komputer.. Selalunya orang yang bukan geek macam aku dan kawan-kawan tak akan menyimpan sebarang perisian dalam komputer bagi memudahkan kerja.. Mereka hanya tahu muat turun, pasang dan guna, lepas tu buang.. Tanpa berceloteh panjang, aku mulakan sesi pertama dulu..

Sesi 1: Backup Fail Anda

Sebelum memulakan apa-apa, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan backup data-data penting dalam komputer anda seperti gambar, video kenangan anda sendiri, dokumen-dokumen kerja dan sebagainya.. Kalau hard disk anda terlalu kecil dan tak muat untuk backup kesemua fail, jadi pentingkan fail yang aku sebut kat atas ni sahaja.. Fail seperti mp3, video klip lagu dan filem tak perlu dibackup sebab kita boleh cari dan muat turun semula..

Kebiasaan yang aku buat untuk backup adalah dengan menyimpan fail-fail penting tersebut dalam hard disk drive D jika komputer tersebut mempunyai lebih dari satu partition.. Anda perlu tahu bahawa dalam drive C kebiasaannya windows dan segala perisian akan dipasang.. Dokumen pada dekstop dan my document juga adalah termasuk dalam drive C, jadi sila alihkan ia ke drive D supaya ianya tak termasuk dalam golongan yang akan dihapuskan sewaktu format.. Jika komputer anda hanya mempunyai 1 partition sahaja, maka siap sedialah mencari/meminjam/membeli external hard disk atau dvd kosong untuk memindahkan/burn fail-fail penting ke sana..

Contoh: 1 partition dalam komputer:

Contoh: 2 partition dalam komputer:

Sesi 2: Memasang Windows 7 Ultimate pada Komputer

Sekarang masukkan DVD windows 7 ke dalam dvd-rom dan restart komputer anda.. Bila skrin hitam di bawah muncul, sila tekan apa-apa butang kat keyboard anda dan windows akan mula boot dari DVD.. Komputer tak boot dari DVD? Sila tengok sini untuk penyelesaian..

Paparan di bawah akan muncul dan sila pilih bahasa yang anda gunakan (BM tak ada ye), time dan abaikan yang lain.. Kalau tak nak pilih apa-apa pun tak apa, biar saja default dan kemudian tekan next..

Tekan install windows dan pilihan sama ada anda hendak memasang perisian 32bit (x86) atau 64bit (x64) muncul.. Selalunya geeks macam aku akan pilih 32bit sahaja sebagai pelantar sistem.. Sila turuti arahan dalam gambar-gambar di bawah..

Jangan tekan pilihan upgrade ye kawan-kawan, sila pilih custom (advanced) untuk meneruskan pemasangan..

Kemudian pilih drive option (advanced)..

Sampai saja rajah di bawah, mungkin berbeza pada sesetengah komputer.. Ini kerana waktu aku buat tutorial ini, hard disk yang aku gunakan adalah kosong seperti baru dibeli dan aku perlu klik butang new untuk membuat partition baru.. Tapi mungkin bagi komputer anda, ianya dah siap dengan 2 pilihan hard disk iaitu C dan D.. Sila klik pada hard disk C dan kemudian tekan butang format di bawahnya.. Jangan sesekali usik drive D ye! Selesai format dengan kelajuan yang pantas, sila tekan next..

Maka proses pemasangan windows 7 pun bermula, sila tunggu beberapa lama bergantung pada kelajuan processor dan RAM komputer anda.. Sistem pemasangan ini akan restart komputer anda beberapa kali sewaktu proses dijalankan.. Sila lihat rajah-rajah yang disediakan..

Masukkan nama anda atau nama yang unik untuk komputer contohnya seperti di bawah..

Anda boleh menetapkan sama ada hendak meletakkan kata laluan atau tidak.. Jika tidak mahu atau pun hendak meletakkan kata laluan setelah selesai proses pemasangan windows, sila tekan next..

Pilih recommended settings yang ditetapkan windows, ia adalah lebih baik..

Setkan masa dan tarikh pada windows dengan melihat jam tangan anda dan sila pilih (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore jika anda berada di Malaysia..

Pemilihan network tempat anda menggunakan internet, jika anda selalu online di rumah, pilihlah home network dan jika selalu keluar, pilihlah public network.. Ia boleh ditukarkan setelah proses pemasangan selesai..

Jika terdapat kekurangan pada driver anda, sila buat automatic updates secara paksa untuk windows mencari driver yang sesuai untuknya melalui internet..

Jika update seperti di bawah muncul, sila abaikan ye sebab kita tak perlukan language pack dari negara lain.. Namun jika anda seorang yang hebat dalam semua bahasa, sila pilih bahasa berkenaan di bawah..

Nota: Tutorial di atas adalah berdasarkan pemasangan windows 7 pada komputer aku menggunakan DVD Windows 7 Ultimate All in One Activated..

Sesi 3: Memuat Turun dan Memasang Perisian yang Penting

Kini anda telah mempunyai windows 7 yang baru dan amat menarik.. Tapi segala perisian yang selalu anda gunakan telah tiada setelah format.. Tambahan pula anda memang tidak menyimpan sebarang perisian di dalam komputer/pendrive/external had disk anda.. Jadi di manakah harus kita mencari perisian-perisian ini? Dunia internet dan teknologi makin berkembang pesat dan kini terdapat banyak laman web yang menyediakan link muat turun untuk pelbagai jenis perisian..

Di bawah adalah serba sedikit perisian yang aku syorkan setelah windows 7 siap dipasang, sila klik nama perisian untuk muat turun ye:

Adobe Reader | Adobe Flash Player | Avira Antivir | CCleaner | CutePDF | FileZilla | Firefox | Google Chrome | Internet Download Manager | Java | Microsoft Office 2007 | PhotoScape | Storm Codec | Winamp | WinRAR | Yahoo Messenger | dan lain-lain (akan ditambah mengikut permintaan)

Perisian di atas adalah cadangan aku sahaja.. Jika anda hendak apa-apa perisian yang tidak diletakkan di atas, sila search dalam weblog ni atau pun tanya di ruangan komen.. Sebarang pertanyaan tentang perisian yang berat seperti autocad 2010 tidak akan dilayan.. Oh lupa aku nak senaraikan tempat yang mudah untuk anda cari perisian untuk komputer anda.. Jom lihat:

» Filehippo.com

» Download.com

» BrotherSoft.com

» Google.com (terbaik untuk mencari segalanya)

————————————————————————————

Selesai sudah tutorial ringkas yang aku buat kali ni.. Walaupun banyak gambar yang digunakan, namun aku berpuas hati sebab dapat mambantu kawan-kawan yang memerlukan tutorial sebegini.. Kepada pengplagiat yang rajin copy paste artikel aku, tolong jangan suka-suka hati nak curi bandwitdth dan tutorial aku ni.. Kalau nak sila upload gambar sendiri dan tulis artikel sendiri..

*Sumber: killvearn