◄ Allah Sentiasa Disisi Kita ►

FreeButtonsFreeButtonsFreeButtons

Kapal Selam TLDM

TLDM wujud tiga kumpulan krew kapal selam akhir tahun





TUN AHMADSHAH (tiga dari kanan) dan Musa (empat dari kanan) melambai ketika melawat KD Tunku Abdul Rahman semasa menyambut ketibaan kapal selam pertama Malaysia itu di pangkalan TLDM Sepanggar, Sabah semalam.


KOTA KINABALU - Hasrat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menyediakan tiga set krew kapal selam dijangka tercapai menjelang penghujung tahun ini, kata Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Katanya, setakat ini TLDM sudahpun mempunyai dua kumpulan krew yang terlatih dan mampu mengendali kapal selam termasuk krew kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.

"Kumpulan krew terakhir akan siap dilatih menjelang akhir tahun ini. Satu krew ada 32 orang, jadi keseluruhannya kita ada 96 orang krew kapal selam.

"Mereka terdiri daripada kumpulan pertama yang dilatih di Toulon, Perancis sejak empat tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan KD Tunku Abdul Rahman di pangkalan TLDM di Sepanggar dekat sini semalam.

Ketibaan kapal selam itu pada 9 pagi disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman.

Sempena majlis itu juga diadakan upacara pemakaian pangkat kepada Pegawai Memerintah KD Tunku Abdul Rahman, Komander Zulhelmey Ithnain daripada Komander ke Kapten yang berkuat kuasa 1 September lalu.

*Sumber: Kosmo!