◄ Allah Sentiasa Disisi Kita ►

FreeButtonsFreeButtonsFreeButtons

Universiti paling moden Arab Saudi dibuka


GAMBAR fail menunjukkan kampus Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah dekat kampung Thuwal, Arab Saudi.


THUWAL - Kerajaan Arab Saudi membuka secara rasmi sebuah universiti berteknologi tinggi di perairan pantai Laut Merah semalam.

Universiti itu yang juga membenarkan percampuran jantina dan ditubuhkan bertujuan untuk melonjakkan negara itu ke barisan hadapan dalam penyelidikan kemajuan teknologi peringkat dunia.

Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah (KAUST) itu dilengkapi peralatan berteknologi tinggi yang diimpikan para saintis dan dibantu dengan sebuah superkomputer terpantas di dunia.

Universiti KAUST itu dirasmikan oleh pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah di hadapan tetamu yang terdiri daripada para saintis terhebat dunia dan sekumpulan pemimpin dunia.

Universiti KAUST yang turut dilengkapi kemudahan pengimejan tercanggih tiga dimensi bernilai AS$1.5 bilion (RM5.19 bilion).

"Kemudahan penyelidikan kami tiada bandingan," kata Presiden KAUST, Choon Fong Shih yang turut membantu membina Universiti Nasional Singapura sebagai sebuah institusi penyelidikan paling dihormati.

"Sewaktu saya berdiri di sini dua tahun lalu, tiada apa yang ada melainkan pasir dan laut. Hari ini sebuah infrastruktur penyelidikan terbaik dunia telah dibina," katanya - AFP.