◄ Allah Sentiasa Disisi Kita ►

FreeButtonsFreeButtonsFreeButtons

ATM timbang beli pesawat AEW


PESAWAT Ambrear 145 yang dilengkapi dengan sistem AEW antara pilihan ATM bagi mengukuhkan lagi sistem pertahanan negara.


KUALA LUMPUR - Pesawat amaran awal udara (AEW) dijangka menjadi aset terbaru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memperkukuhkan lagi pertahanan negara.

Walaupun melibatkan perbelanjaan yang besar selepas program pembelian kapal selam tetapi perolehan itu perlu dilaksanakan bagi memastikan keupayaan ATM mengawasi sempadan negara.

Dengan keupayaan memantau ruang angkasa dan daratan pada jarak kira-kira 350 kilometer, pesawat AEW adalah sistem pertahanan masa kini yang perlu dimiliki untuk bertindak sebagai 'mata dan telinga' di udara.

Rancangan perolehan ini telah dipertimbangkan ATM sejak lapan tahun lalu dan beberapa pesawat AEW generasi terkini antaranya dari Sweden, Brazil dan Amerika Syarikat telah diuji Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut sumber industri pertahanan, TUDM memerlukan empat pesawat jenis itu yang akan diintegrasikan sebahagiannya daripada Sistem Pertahanan Udara Negara bersama pesawat pejuang dan pertahanan udara di darat.