◄ Allah Sentiasa Disisi Kita ►

FreeButtonsFreeButtonsFreeButtons

F1 Malaysia-Tony pegang


Tony Fernandes


KETUA Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes menjelaskan, beliau akan meletak jawatan selaku ketua pasukan Formula Satu (F1) 1Malaysia sebaik sahaja musim 2010 bermula.

Menurut Tony, beliau hanya ingin membantu persiapan pasukan pertama dari Malaysia itu sebelum menyerahkannya kepada individu yang sanggup memikul tanggungjawab sepenuh masa.

"Jawatan ketua pasukan yang saya pegang ketika ini bukanlah jawatan tetap," kata Tony.

"Saya akan membantu pasukan ini benar-benar bersedia untuk membuat penampilan pertama sebelum menyerahkan tugas ini kepada individu yang akan melakukannya sepenuh masa.

"Tugas saya bersama AirAsia dan saya hanya ingin memastikan pasu- kan IMalaysia menuju ke arah yang betul, mempunyai gambaran yang betul mengenai perlumbaan F1, mempunyai perancangan sempurna dan masa depan yang cerah.

"Saya rasa, mungkin saya hanya memegang jawatan ini sehingga perlumbaan di Melbourne atau mungkin juga saya akan kekal untuk beberapa perlumbaan."

Tony yang juga merupakan individu ke-15 terkaya di Malaysia, turut mengakui, beliau akan mencari pengganti yang berpengalaman meskipun ia bukanlah rakyat Malaysia.

"Saya boleh katakan kami ingin membeli pengalaman," tambah Tony.

"Kami rasa, pasti menarik jika ketua pasukan terdiri daripada rakyat Malaysia tetapi kita lebih memerlukan individu yang mempunyai pengalaman untuk membantu pasu- kan mencapai matlamat sebenar."

1Malaysia merupakan pasukan yang disokong oleh kerajaan dan melibatkan kepakaran Proton dan Lotus selain dibantu oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia. - Reuters