◄ Allah Sentiasa Disisi Kita ►

FreeButtonsFreeButtonsFreeButtons

Imej petir di jambatan AS


GAMBAR menunjukkan imej petir di ruang angkasa Jambatan Golden Gate, San Francisco.


SAN FRANCISCO - Seorang jurukamera, Frank Fennema merakamkan imej dramatik yang menunjukkan petir menyambar semasa dia keluar memandu pada waktu pagi, lapor sebuah akhbar semalam.

Fennema, 56, yang berasal dari California, Amerika Syarikat (AS) merakamkan gambar petir itu baru-baru ini ketika dia dalam perjalanan ke Jambatan Golden Gate dari rumahnya di Tiburon, dekat sini.

Gambar itu menunjukkan kabus yang menyelubungi Golden Gate bercahaya ketika petir muncul di angkasa.

"Saya bangun pada pukul 4.30 pagi pada Sabtu lepas dan mendengar bunyi guruh," katanya.

"Saya menuju ke kawasan Marin Headlands, utara Golden Gate tetapi berpatah balik kerana kabus tebal.

"Saya kemudian merakamkan gambar ini berhampiran pos pengawal pantai di Golden Gate," jelas Fennema. - Agensi

*Sumber: Kosmo!