◄ Allah Sentiasa Disisi Kita ►

FreeButtonsFreeButtonsFreeButtons

'Rasul Melayu' beraya di lokap


ABDUL KAHAR (tengah) dikawal oleh anggota penguat kuasa JAIS selepas ditahan di rumah sewanya di Sungai Long, Kajang semalam.


SHAH ALAM - Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad, 59, bakal beraya di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengeluarkan waran tahanan ke atasnya sehingga tarikh perbicaraan 7 Oktober ini.

Malah, dia yang turut didakwa atas kesalahan mempersendakan agama Islam perlu hadir ke mahkamah pada 24 September depan bagi memperbaharui waran tahanan itu sehingga tarikh perbicaraan tersebut.

Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abd. Hamid ekoran tindakan tertuduh mengingkari arahan untuk hadir ke mahkamah walaupun beberapa kali waran tangkap dikeluarkan sejak tiga tahun lalu.

Dalam hujahnya, Abdul Shukor berkata, selain mengingkari arahan mahkamah sebelum ini, kehadiran tertuduh semalam juga adalah disebabkan dia ditangkap oleh pihak penguat kuasa ketika sedang berpindah di Sungai Long, Kajang.

"Kes ini sudah memakan masa terlalu lama iaitu melebihi tiga tahun dan mengikut rekod kami, 19 Julai lalu adalah tarikh akhir untuk tertuduh datang ke mahkamah tetapi selepas itu tertuduh tidak hadir walaupun banyak waran tangkap dikeluarkan," katanya.

*Sumber: Kosmo!