◄ Allah Sentiasa Disisi Kita ►

FreeButtonsFreeButtonsFreeButtons

Di Sebalik Lagu "Wind Of Change".

Pernahkah anda mendngar lagu Wind Of Change oleh Kumpulan Scorpions?
Sebenarnya ada Sejarah yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Mungkin dah ramai orang sudah tahu perkara ini. Tapi aq baru jer taw pasal lagu nie. Tu pon cikgu sejarah aq yang bagitau. Aku try cari maklumat tentang lagu tu, tapi aq jmpa sebuah recana di Utusan Online yang bertarikh 09/11/2009. Korang bace la sendiri dan LU PIKIR LA SENDIRI...!

Rock, Scorpions dan Tembok Berlin

PADA tahun 1990, seorang anggota kumpulan rock Scorpions, Klaus Meine mencipta lagu Wind of Change. Lagu itu dimasukkan dalam album Crazy World. Ia pada mulanya tidak popular sehinggalah diterbitkan semula dalam bentuk single pada 1991.

Dan Wind of Change menguasai semua carta di Jerman dan juga seluruh Eropah. Scorpions sebuah kumpulan muzik rock. Tetapi pada masa yang sama Scorpions tidak memisahkan diri mereka sebagai seniman yang menangkap dan memberi reaksi kepada semua pergolakan sosial dan politik sekeliling mereka. Scorpions tidak hanya tahu muzik tetapi ambil tahu tentang politik.

Lagu Wind of Change membuktikan Scorpions mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka. Hari ini genap 20 tahun runtuhnya Tembok Berlin yang menanda runtuhnya komunisme di Eropah Timur.

Wind of Change diinspirasikan daripada perubahan besar dalam sistem politik di Eropah Timur termasuk percantuman semula Jerman Timur dan Jerman Barat.

Scorpions juga memperlihatkan patriotisme yang tinggi kepada negara mereka. Kumpulan yang berasal dari Jerman ini menganggap peristiwa Tembok Berlin perlu diangkat dalam seni popular. Maka lahirlah lagu yang memberikan reaksi kepada peristiwa besar itu.

Menghayati lagu dan lirik Wind of Change adalah melihat peristiwa politik di Eropah Timur itu daripada sudut pandangan seniman. Siapa kata seniman tidak layak memberikan reaksi kepada kejadian atau peristiwa melibatkan orang lain?

Menerusi Wind of Change, Scorpions menghantar satu kenyataan politik yang mengalu-alukan angin perubahan dalam sistem politik daripada komunisme kepada kapitalisme. Karya lagu ini menjadi satu lagi bahan sejarah selain runtuhnya Tembok Berlin, kehancuran Kesatuan Soviet dan percantuman kembali Jerman yang terbahagi dua sebelum itu.

Semua ini membuktikan seniman bukan saja bersandar atau bertenggek di atas "bakat" tetapi pemikiran dan kemampuan mengolah, menjadikan realiti kepada karya seni. Kita tidak memerlukan seniman yang hanya berbakat tetapi tidak mempunyai pemikiran yang tajam sebagai jurubicara masyarakat.

Rangkap pertama lirik Wind of Change menjelaskan kefahaman Klause Meine terhadap isu politik di sekitar masyarakatnya.

Beliau mengungkapkan: "I follow the Moskwa, Down to Gorky Park, listening to the wind of change, an August summer night, soldier passing by, listening to the wind of change."

"Moskwa" dalam lirik itu adalah nama sebatang sungai yang membelah bandar raya Moscow dan "Gorky Park" pula sebuah taman yang juga di Moscow. Ini kerana ilham lagu ini menjelma semasa Scorpions di Moscow, Rusia tidak lama selepas kejatuhan Kesatuan Soviet.

Maka makna angin perubahan bukan sahaja kerana percantuman Jerman tetapi yang lebih penting perubahan komunisme kepada kapitalisme di negara-negara bawah Kesatuan Soviet.

Sesetengah pihak ada stigma tersendiri apabila disebut muzik rock atau kumpulan muzik rock. Tetapi kita terpaksa mengakui bahawa rock hanya sejenis muzik yang boleh diisi dengan pelbagai bentuk pemikiran sama ada yang hitam atau putih.

Jenis muzik bukanlah penanda aras kualiti pemikiran penciptanya. Cuma suatu ketika dulu kita mempunyai banyak sekali kumpulan muzik rock tetapi malangnya banyak yang tidak ada idealisme. Kita kena bertanya kepada kumpulan rock kita kenapa lagu-lagu mereka kurang isinya?

Pada pendapat aq, lagu rock kita mungkin banyk isi, tapi isinya hanya difokuskan pada kisah2 percintaan. Tengok sajalah lirik lagu-lagu rock dahulu, tak cukup lirik, bwat pulak Muzik Video tentang sepasang kekasih. Memang la, dah lagu pon jiwang, videonya pon.....JIWANG LA....! haha....


RENUNG-RENUNGKAN, DAN SELAMAT BERUBAH...!